TheLogikBomoh

Kalau badan rasa sakit, perkara pertama sekali: Pergi jumpa doktor kat hospital. Bukan terus cari bomoh. Tapi kita juga kena terima hakikat, ada masanya benda moden tak mampu nak huraikan apa yang tersirat……

Kami team The Logik Bomoh adalah generasi ke -4 yang mewarisi ilmu perubatan tradisional Siam asli / Bomoh Siam dan juga mempunyai pengalaman melebihi 20 tahun.

Sepanjang dua dekad mengendalikan bidang ini, kami telah berdepan dan berjaya menyelesaikan pelbagai jenis kes— daripada gangguan mistik biasa sehinggalah kepada penyakit misteri kronik yang gagal dirawat oleh kaedah perubatan moden.

Kami telah berjaya menolong banyak individu merangkumi pelbagai bangsa di Malaysia, termasuk kes dari luar negara.

Pelanggan kami juga daripada golongan biasa sehinggalah ke golongan korporat dan ultra-high networth serta ahli politik. Malah, sebahagian besar daripada mereka kini menjadi pelanggan setia yang terus kembali merujuk kepada master setiap kali mereka memerlukan bimbingan

Kenapa Pilih Kami?

Bila fikir pasal ‘Bomoh’ , apa yang terlintas dalam minda anda? Seseorang yang berambut panjang, badan penuh tattoo, baju hitam, muka ganas dan bercakap dengan nada mistik seperti dalam filem? Mungkin 70-80 tahun lepas zaman tok nenek , ya. Tapi zaman sudah berubah.

Team The Logic Bomoh sangat menghormati sains dan dunia perubatan moden. Fokus utama kami sentiasa berpaksikan logik, fakta klinikal, dan juga aspek psikologi—dan bagi kami, benda memang sepatutnya begitu. Dan untuk pengatahuan anda team kami semuanya adalah graduan dari univerisity terkemuka dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

Pernah tak anda alami situasi bila badan rasa sakit atau hidup jadi susah, bila pergi cari bomoh, jawapannya mesti sama: sikit-sikit kena buatan orang, sikit-sikit kena santau? Logiknya, kalau setakat sakit perut, takkan la itu pun nak kena cari bomoh? Bukan apa kami kadang-kadang rasa kesian sangat tengok keadaan mangsa. Kami faham, bila seseorang itu diuji dengan kesakitan atau masalah yang berat, fikiran terus jadi blank. Bila dah buntu, kita akan jadi terdesak dan sanggup lakukan apa sahaja—termasuklah laburkan seluruh wang simpanan—asalkan diri boleh sembuh.

Keadaan terdesak inilah yang sering membuka ruang dan peluang untuk orang lain ambil kesempatan atas kesusahan anda. Akhirnya, duit yang dikumpul dengan titik peluh sendiri habis lebur begitu sahaja untuk jalan penyelesaian yang salah, sedangkan penyakit asal tetap tak setel dan makin melarat.

” Tanpa critical thinking, lama-lama bomoh yang makin kaya, korang yang makin miskin sebab asyik serah duit dekat bomoh .”

THE LOGIC BOMOH

Sembang pasal sains, tapi kenapa percaya benda karut?

Ya, kami tahu pasti ada yang akan fikir macam ni. Dan sejujurnya, kami tak salahkan anda.

Tetapi realitinya, walau sejauh mana pun kami belajar, dan seprofesional mana pun kerjaya kami dalam dunia korporat moden, sepanjang hidup ini kami telah melihat terlalu banyak perkara luar biasa yang langsung tak mampu dijelaskan oleh sains. Benda-benda macam ni memang takkan boleh setel dengan cara moden—dan itulah sebabnya team kami wujud sebagai pilihan terakhir buat mereka yang memerlukan.”

Lagipun, kalau anda dah sampai ke tahap sanggup cari dan buka website team kami ni, kami rasa anda sendiri pun dah cukup matang untuk faham apa yang kami cuba sampaikan…

Perkhidmatan TheLogikBomoh🤝